Monday, July 13, 2009

Apa ada pada pemadam & kapur?

Al-kisah semasa sedang mengemaskini fail-fail dalam laptop, saya terbaca satu fail word yang mengandungi satu kisah yang sangat menarik.Kisah ini sangat sesuai untuk diceritakan oleh guru-guru kepada murid-murid semasa mempunyai luang masa di dalam kelas.


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru
tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...

Wednesday, July 8, 2009

Peratusan Penerimaan Murid Terhadap Pengajaran Guru

Peratusan Penerimaan Murid Terhadap Pengajaran Guru.

Berikut adalah peratusan penerimaan murid terhadap pengajaran guru. Para guru boleh meneliti peratusan ini dan cuba menjadikan pengajaran lebih berkesan.

NO

KAEDAH PENGAJARAN

PERATUSAN

PENERIMAAN MURID

1.

PENERANGAN

3%

2.

PEMBACAAN

10%

3.

AUDIO VISUAL

20%

4.

TUNJUK CARA / DEMONSTRASI

30%

5.

PERBINCANGAN KUMPULAN

50%

6.

SIMULASI (PRACTICE BY DOING)

75%

7.

BIMBINGAN RAKAN SEBAYA & KERJA RUMAH

90%

Tuesday, June 30, 2009

6 Elemen Memeriksa Kerja Rumah

Terdapat 6 elemen dalam memeriksa kerja rumah yang diberikan kepada murid-murid.

1) Teliti
2) Beri Penilaian
3) Beretika
4) Kemaskini
5) Pembetulan
6) Menyeluruh

1) Teliti
- Guru harus meneliti setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dan menanda setiap kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

2) Beri Penilaian
- Nilai kerja rumah murid-murid dengan meletakkan tanda bintang, bagus, baik, cemerlang dan sebagainya.

3) Beretika
- Letakkan tanda tangan guru pada kerja rumah murid-murid menandakan guru telah memeriksa kerja rumah mereka.

4) Kemaskini
- Sila catatkan tarikh pemeriksaan dibuat

5) Pembetulan
-Jika ada kesalahan, guru haruslah membuat pembetulan dan meminta murid-murid menulis semula pembetulan tersebut.

6) Menyeluruh
- Guru harus memeriksa seluruh kerja rumah yang diberikan.

2 Core Business Seorang Guru

Seorang guru haruslah faham bahawa mereka mempunyai 2 Core Business yang wajib dilakukannya setiap hari :

1) Kerjaya sebagai guru

Biarlah kerjaya guru itu sendiri menjadi core business. Hal ini kerana ada sesetengah guru yang menjadi perkara lain sebagai core business mereka seperti berniaga, menternak haiwan dan sebagainya sedangkan dahulu merekalah yang memohon untuk menjadi seorang guru bukannya murid-murid yang meminta supaya mereka menjadi guru. Oleh itu mereka yang lalai dalam menjadi guru perlu sedar dan tidak bertindak zalim kepada diri sendiri dan murid-murid dalam memikul tugas sebagai guru.

2) Memeriksa kerja rumah murid

Guru haruslah memeriksa semua kerja rumah yang diberikan kepada murid-murid dan menjadikannya sebagai core business mereka. Pernah terjadi di salah sebuah sekolah di Malaysia seorang murid menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar, apabila ditanya oleh guru kelasnya mengapa dia bertindak sedemikian, dia itu mengatakan bahawa guru tidak menyemak kerja rumahnya. Murid tersebut menyatakan dia sebenarnya terpaksa menyiapkan kerja rumah tersebut di bawah sinaran api pelita setiap hari. Hal itulah telah menyebabkan murid tersebut berasa kecewa atas tindakan guru yang malas untuk memeriksa kerja rumah yang diberikan.

Guru disarankan menggunakan pendekatan "Hands On"

Guru disarankan menggunakan teknik "Hands On" semasa sesi P&P. Hal ini kerana berdasarkan kajian dengan menggunakan teknik tersebut, murid-murid dapat menerima dan menguasai kemahiran yang diajar sebanyak 75% berbanding dengan teknik penerangan. Oleh itu guru haruslah melibatkan murid-murid dalam sesi P&P agar mereka lebih mahir dan menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar.

Seorang guru pernah menyebut bahawa seorang murid pernah berkata padanya

"You tell me, I forget "
"You show me, I remember"
"You let me do it, I get it "

Kaedah Menulis Rekod Pengajaran

Kaedah ini telah disyarahkan oleh Jemaah Nazir Terengganu baru-baru ini khususnya untuk guru-guru di sekolah.

Setiap RPH yang betul sekurang-kurangnya harus mempunyai :

1. Tajuk (Title )
2. Objektif ( Learning Outcome )
3. Aktiviti
4. Refleksi

1. Tajuk (Title )
Tajuk pelajaran pada hari tersebut

2. Objektif
- Objektif Pengajaran (murid akan diajar...)
- Objektif Pembelajaran (murid akan belajar...)
- Hasil Pembelajaran (murid akan dapat...)

3. Aktiviti
Aktiviti p&p untuk menjayakan objektif yang telah dirancang.

4. Refleksi
- murid dapat / tidak dapat menguasai kemahiran...
- pelajaran akan diulang semula atau tidak

Laman Murabbi Mengatur Langkah

Salam Perjuangan.

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya dapat membuka blog baru untuk tatapan para guru dan bakal guru. Pada laman ini akan saya muatkan beberapa info dan tip-tip yang berguna khususnya kepada mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam bidang keguruan. Mudah-mudahan laman ini dapat memberi manfaat insyaAllah...