Tuesday, June 30, 2009

6 Elemen Memeriksa Kerja Rumah

Terdapat 6 elemen dalam memeriksa kerja rumah yang diberikan kepada murid-murid.

1) Teliti
2) Beri Penilaian
3) Beretika
4) Kemaskini
5) Pembetulan
6) Menyeluruh

1) Teliti
- Guru harus meneliti setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dan menanda setiap kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

2) Beri Penilaian
- Nilai kerja rumah murid-murid dengan meletakkan tanda bintang, bagus, baik, cemerlang dan sebagainya.

3) Beretika
- Letakkan tanda tangan guru pada kerja rumah murid-murid menandakan guru telah memeriksa kerja rumah mereka.

4) Kemaskini
- Sila catatkan tarikh pemeriksaan dibuat

5) Pembetulan
-Jika ada kesalahan, guru haruslah membuat pembetulan dan meminta murid-murid menulis semula pembetulan tersebut.

6) Menyeluruh
- Guru harus memeriksa seluruh kerja rumah yang diberikan.

2 Core Business Seorang Guru

Seorang guru haruslah faham bahawa mereka mempunyai 2 Core Business yang wajib dilakukannya setiap hari :

1) Kerjaya sebagai guru

Biarlah kerjaya guru itu sendiri menjadi core business. Hal ini kerana ada sesetengah guru yang menjadi perkara lain sebagai core business mereka seperti berniaga, menternak haiwan dan sebagainya sedangkan dahulu merekalah yang memohon untuk menjadi seorang guru bukannya murid-murid yang meminta supaya mereka menjadi guru. Oleh itu mereka yang lalai dalam menjadi guru perlu sedar dan tidak bertindak zalim kepada diri sendiri dan murid-murid dalam memikul tugas sebagai guru.

2) Memeriksa kerja rumah murid

Guru haruslah memeriksa semua kerja rumah yang diberikan kepada murid-murid dan menjadikannya sebagai core business mereka. Pernah terjadi di salah sebuah sekolah di Malaysia seorang murid menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar, apabila ditanya oleh guru kelasnya mengapa dia bertindak sedemikian, dia itu mengatakan bahawa guru tidak menyemak kerja rumahnya. Murid tersebut menyatakan dia sebenarnya terpaksa menyiapkan kerja rumah tersebut di bawah sinaran api pelita setiap hari. Hal itulah telah menyebabkan murid tersebut berasa kecewa atas tindakan guru yang malas untuk memeriksa kerja rumah yang diberikan.

Guru disarankan menggunakan pendekatan "Hands On"

Guru disarankan menggunakan teknik "Hands On" semasa sesi P&P. Hal ini kerana berdasarkan kajian dengan menggunakan teknik tersebut, murid-murid dapat menerima dan menguasai kemahiran yang diajar sebanyak 75% berbanding dengan teknik penerangan. Oleh itu guru haruslah melibatkan murid-murid dalam sesi P&P agar mereka lebih mahir dan menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar.

Seorang guru pernah menyebut bahawa seorang murid pernah berkata padanya

"You tell me, I forget "
"You show me, I remember"
"You let me do it, I get it "

Kaedah Menulis Rekod Pengajaran

Kaedah ini telah disyarahkan oleh Jemaah Nazir Terengganu baru-baru ini khususnya untuk guru-guru di sekolah.

Setiap RPH yang betul sekurang-kurangnya harus mempunyai :

1. Tajuk (Title )
2. Objektif ( Learning Outcome )
3. Aktiviti
4. Refleksi

1. Tajuk (Title )
Tajuk pelajaran pada hari tersebut

2. Objektif
- Objektif Pengajaran (murid akan diajar...)
- Objektif Pembelajaran (murid akan belajar...)
- Hasil Pembelajaran (murid akan dapat...)

3. Aktiviti
Aktiviti p&p untuk menjayakan objektif yang telah dirancang.

4. Refleksi
- murid dapat / tidak dapat menguasai kemahiran...
- pelajaran akan diulang semula atau tidak

Laman Murabbi Mengatur Langkah

Salam Perjuangan.

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya dapat membuka blog baru untuk tatapan para guru dan bakal guru. Pada laman ini akan saya muatkan beberapa info dan tip-tip yang berguna khususnya kepada mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam bidang keguruan. Mudah-mudahan laman ini dapat memberi manfaat insyaAllah...